Sunday, 5 March 2017

SEJARAH PENDUDUKAN TAWAU


Tawau (Jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau. Diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 (sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan serta penempatan masyarakat Bajau di Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.

Image result for gambar tawau dahulu dan sekarangTawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB). Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak SBUB membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ. Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut ( Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris ), pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda. ( Sejarah Malaysia ). Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

Image result for gambar tawau dahulu dan sekarangDengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.

Hak dan keistimewaan masyarakat tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Ketua Anak Negeri sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak Kerajaan British. Sebelum itu jawatan Ketua Masyarakat pernah diberikan kepada Habib Sheikh pada tahun 1912 manakala jawatan Imam diberikan kepada Imam Mustapa pada tahun 1916. Jawatan Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya Kaya (OKK) yang pertama dilantik Kerajaan British penghujung 1920-an ialah OKK Kee Abdullah, seorang Cina muslim. Manakala pada tahun 1937 sehingga 1953, Penghulu Abu Bakar (anak OKK Kee Abdullah) telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan di sekitar daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di daerah Tawau ini.

Image result for peta tawauPenubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) pada tahun 1945 yang diasaskan oleh Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu ini, telah menyatukan masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli-ahli persatuan inilah yang bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa Datu Harun melalui USNO, menuntut kemerdekaan bagi negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan Islam Tawau (PIT) yang dipengerusi oleh Haji Abdul Karim Haji Drahman dan dibantu oleh Datuk Kassim Kamidin pada tahun 1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan syiar Islam di seluruh Sabah.

Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau.


Demografi

Image result for peta tawauSehingga 2000, populasi penduduk d Daerah Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.

Geografi
Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Udangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri  Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen kalabakan mengandungi Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan.
Terdapat beberapa kawasan hitam yang dikatakan terlibat dengan pelbagai kes jenayah. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah

  1. Batu 4
  2. Kampung Titingan atau Ice Box
  3. Kampung Pisang
  4. Logpand
  5. Kampung Pasir Putih
  6. Kongsi 10
  7. Kampung Vietnam (Tanah Merah)
  8. Kampung Batu 2 (kg Habib Abd.Rahman)
              

Statistik Populasi (Banci 1991)
Jumlah
245,000
Perempuan
114,416
Lelaki
130,312
Melayu
11,516
Dusun
921
Kadazan
2,808
Bajau
17,094
Murut
1,529
Bumiputera Lain
24,946
Cina
35,097
Orang Indonesia
55,057
Bukan-Bumiputera Lain
3,727
Jumlah Warganegara Malaysia
152,695
Jumlah Warganegara Bukan-Malaysia
92,033
Sebaran Populasi
14.1%
Ketumpatan Populasi
40/km²


ANTARA BANGSA-BANGSA YANG TERDAPAT DI TAWAU


1.BUGIS

Bugis Sabah sebenarnya bukan penduduk asal atau peribumi di Negeri Sabah. Majoriti Bugis di Sabah hari ini adalah Bugis Indonesia kerana mereka telah datang selepas kewujudan negara Indonesia yang merdeka selepas pada 17 Ogos 1945 iaitu akhir tahun 1960an, 1970an dan kemuncaknya ketika 1980an seterusnya berterusan sehinggalah ke hari ini. 
    Mengikut analisis semasa komuniti Bugis di Sabah boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Pembahagian kumpulan etnik Bugis adalah seperti berikut : Melayu Bugis ( 10 % ), Bugis Bertaraf Wargenegara ( 30 % ) , Bugis Indonesia Bukan Bertaraf Warganegara ( 60 % ). Tafsiran Bugis Indonesia Bukan Wargenegara pula ialah golongan pekerja Indonesia yang berbangsa Bugis yang terlalu ramai terdapat di negeri Sabah. Mereka ini bertaraf warganegara Indonesia dan bekerja secara sah di Sabah menggunakan pasport luar negara. Ramai yang sedang memohon taraf kerakyatan di Putrajaya.Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah tertumpu di daerah Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak dan Lahad Datu. Mengikut sejarah Tanah melayu adalah dipercayai suku kaum Bugis ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16.

2.SULUK
Image result for sejarah suluk tawau
                                                                   
Pada masa kini, masyarakat Suluk di Tawau ( yang dahulunya tinggal bersama dengan masyarakat Tidung di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Tawau Lama pada masa kini ), sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa dan sebagainya. 

      Mereka lebih dikenali sebagai masyarakat melayu di Tawau ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan budaya Melayu sejak turun temurun.  Namun keadaan ini tidak sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka datang ke Tawau semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai identiti negara mereka sendiri. Berbanding dengan masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi.

3.TIDUNG
Image result for GAMBAR BANGSA  TIDUNG
 Mengikut sejarah, masyarakat Tidung wujud ini kawasan ini sejak zaman dahulu lagi. Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Sungai ( Beluran dan Labuk ), masyarakat Suluk ( Lahad Datu dan Tungku ), masyarakat Idahan ( Silam dan Madai ), masyarakat Bajau ( Semporna dan Omadil ), masyarakat Bulungan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni asal di daerah Borneo Timur. Dalam catatan sejarah, sekitar tahun 1800an, terdapat beberapa buah kerajaan Kesultanan Melayu Islam yang wujud di Kalimantan Timur seperti Kesultanan Bulungan ( Sultan Kaharuddin I ) di Tanjung Palas, Kerajaan Tidung Tengara ( Amiril Pengiran Tadjuddin ) di Tarakan, Kesultanan Kutai, Kesultanan Berau, Kesultanan Paser (Sultan Sulaiman Alamsyah) di Balik Papan dan Kesultanan Banjar ( Sultan Tamjidullah II ). Menurut pembahagian suku kaum dayak di Kalimantan, Indonesia, Suku Tidung adalah suku Dayak Murut atau dikenali sebagai "Lun Pagun" iaitu Lun=Orang dan Pagun=Pagan yang pada mulanya tiada agama atau Pagan cuma menyembah nenek moyang yang akhirnya menerima islam. Ini jelas dilihat yang mana hampir 80% bahasa tidung sama dengan bahasa murut. Masyarakat Tidung dahulu kala tinggal di sepanjang sungai-sungai di pertengahan Borneo Timur hingga sejauh ke utara di Batu Tinagat berdekatan Tawau. ( Henry Roth : 1896 ). 

4.ARAB
Image result for GAMBAR ETNIK  ARAB  tawau
                                                                                Kedatangan orang orang Arab ke Tawau ketika zaman pemerintahan British Borneo Chartered Company dahulu adalah untuk berniaga. Mereka kebanyakannya terlibat dalam perniagaan kain. Misalnya Habib Ali, seorang peniaga kain sangat terkenal di Tawau suatu masa dahulu. Anak beliau sekarang adalah seorang ahli politik yang berjaya iaitu Syed Abbas yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Tawau merangkap ADUN kawasan Balung dan juga bekas Pengerusi MUIS negeri Sabah. Selain itu, ada juga beberapa orang orang Arab ini yang menjadi tempat rujukan untuk mempelajari agama Islam kerana ilmu dan pengetahuan agama mereka yang tinggi dan seterusnya menjadi pemimpin kepada orang orang Melayu di Tawau. Misalnya, Habib Sheikh yang menjadi ketua masyarakat Melayu Islam ( native chief ) di Tawau di antara tahun 1912 hingga 1925. Kemudian seterusnya, Habib Hussein pula pernah menjadi ketua masyarakat di Tawau sekitar tahun 1930an dan akhir 1940an sebelum beliau terkorban dibunuh oleh tentera Jepun bersama Stephen Tan, pemimpin masyarakat Cina di Tawau ketika itu. Ketika era selepas kemerdekaan pula, Habib Hassan ( guru agama ) di Kampung Pasir Putih Lama dan Habib Omar ( Kampung Batu 2 Apas ) juga banyak berjasa di dalam perkembangan dakwah Islamiah di Tawau. Selain itu nama-nama lain di kalangan pemimpin masyarakat Melayu berketurunan Arab yang agak dikenali di Tawau ialah Habib Abdul Rahman ( Anak Habib Sheikh ), Habib Idrus, Haji Awadan dan Habib Mohammad.


5.BANJAR
Image result for GAMBAR ETNIK BANJAR  tawau                                                              
Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota Baru.
   Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya. Terdapat sekurang-kurangnya dua pendekatan yang cuba menerangkan mengenai asal usul orang Banjar. Pertama, pendekatan primordialisme yang dikemukakan oleh Alfani Daud. Kedua, pendekatan konstruktifis atau situasionalis yang pada mulanya dikemukakan oleh Idwar Saleh (1986), kemudian dikembangkan oleh Marko Mahin (2004). Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian.



TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI TAWAU




                                               MASJID BANDAR TAWAU  ⏬

                                                                                   

  
Image result for tempat bersejarah di tawau
Related image

 

TOKOH-TOKOH SEJARAH DI TAWAU


1. DERMAWAN MENDIANG TAN SRI PANGLIMA LAU GEK POH.

Siapa Tak Kenal dgn Mediang Tan Sri Panglima Lau Gek Poh Jutawan yang merangkak dari bawah, Beliau merupakan seorang dermawan dan digelar raja balak Sabah yang menetap di tawau.
       Disini saya kongsikan sedikit sebanyak riwayat hidup beliau untuk motivasi kita bersama
Tan Sri Datuk Seri Panglima Lau Gek Poh, Lahir di China, beliau menetap di Sabah ketika beliau berusia 19 dan selepas Perang Dunia II, ia membentuk syarikat Hap Seng terlibat dalam perniagaan kayu. Lau juga mempelbagaikan perniagaannya dengan memegang saham pengedar Mercedes-Benz dan kemudian kepada pembangunan hartanah serta pelaburan perdagangan di samping menjadi Pengerusi Lembaga Malaysian Mosaics Berhad semenjak 6 Disember 1983 dan juga
merupakan pengasas serta pemegang saham Gek Poh (Holdings) Sdn. Bhd.,
pemegang saham utama Malaysian Mosaics Berhad. Tan Sri Datuk Seri Panglima gek Lau Poh mula kehidupan perniagaan di Sabah sebelum Perang Pasifik sebagai migran sederhana dari China.
       Penghargaan anugerah Panglima Setia Mahkota i kepada beliau membawa gelaran "Tan Sri" dipersembahkan oleh Yang Mulia DiPertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada kesempatan ulang tahun Raja pada 3 Jun 2000, pengiktirafan ini atas sumbangan murah hati kepada bangsa dan juga pernah tesenarai dalam 40 MANUSIA TERKAYA DI MALAYSIA?
tempat ke11 dalam buku 66 Usahawan terkemuka di Malaysia.



2. DATUK MARY YAP KAIN CHING

Image result for datuk mary yap
Datuk Mary Yap Kain Ching adalah Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar dan salah seorang yang dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2012. Kini beliau memegang portfolio Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Beliau beragama Kristian.

Tokoh Guru Kebangsaan 2012.
Pada 16 Mei 2012, beliau dinobat sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012' sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan di Kuala Kangsar, Perak. Datuk Omar Mohd Hashim terpilih sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012'. Tokoh guru lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010, Lim Ai Lee @ Lim Irene. Datuk Hassan Harun dari sekolah swasta Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Wadi Sofia, Kota Bharu, Kelantan dianugerah 'Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012'. Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan wang tunai sebanyak RM10,000. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.




3. HONG TECK GUAN DATUK SERI PANGLIMA HONG TECK GUAN (1914-1997)

The Young Hong Teck Guan memulakan perniagaan di Sabah pada 1935, manakala pada 1938 - 1941 Jepun menduduki Sabah semasa Perang Dunia II. sumbangan besar Datuk Seri Hong dan acara mengancam nyawa dalam tempoh ini kemudiannya direkodkan dalam Arkib Sabah. kemudian pada 1944, perniagaan di Tawau dalam jawatan World era Perang II adalah berfaedah untuk Datuk Seri Hong Teck Guan oleh berdagang dengan tentera bersekutu. Dengan modal yang lebih, Datuk Seri Hong berkembang perniagaannya dengan menyebarkan sayap Teck Guan untuk pelbagai daerah Sabah dan negara-negara luar negara.

      Syarikat Teck Guan telah dimusnahkan oleh kebakaran terbesar dalam sejarah Tawau pada 1953 dan memulakan perniagaan dengan Boustead Trading dan dikawal pengedaran kelapa kering di seluruh Sabah pada 1954. Pada 1955, Teck Guan memulakan perniagaan dengan Shell dan memiliki armada kapal laut pada 1956. Sumbangan peristiwa mengancam nyawa besar Datuk Seri Hong semasa anti Jepun perang rekod dibuat dalam archice Sabah pada 1941. Perniagaan di Tawau dalam jawatan World era Perang II adalah berfaedah untuk Datuk Seri Hong Teck Guan oleh berdagang dengan tentera bersekutu. Dengan modal yang sangat besar, Datuk Seri Hong berkembang perniagaannya dengan menyebarkan sayap Teck Guan untuk pelbagai daerah Sabah dan negara-negara luar negara pada 1944 dan kemudian mengetuai perniagaan yang berjaya perdagangan kopra barter dengan Filipina dan Sulawesi pada 1950. Seterusnya beroperasi daripada kilang papan dan kilang bata pada 1959 manakala pada 1960  penanaman getah dan kelapa sawit bermula.  Teck Guan Villa dibangunkan pada 1965. Datuk Seri Hong telah diberi penghormatan dengan Datuk tajuk oleh Gabenor Sabah pada 1973.  Datuk Seri Hong Teck Guan Amanah telah ditubuhkan 1981.2002 - Teck Guan beralih kepada moden & keadaan ibu pejabat seni di Tawau - Teck Guan Regency. Teck Guan telah dilantik sebagai pengedar sah prabayar mudah alih Celcom untuk Sabah.


#SUMBER :
( Rujuk : Maklumat dari Muzium Negeri Sabah ).
From Farock & pacik Google source etawau.com
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=547:senarai-40-manusia-terkaya-di-malaysia&catid=34:semasa&Itemid=2
<iframe frameborder="0" scrolling="no" style="border:0px" src="http://books.google.com.my/books?id=-sevVMCdl6wC&lpg=PA42&dq=TAN%20Sri%20Lau%20Gek%20Poh&lr=&pg=PA42&output=embed" width=500 height=500></iframe


#Catatan yang saya buat adalah merupakan catatan yang mempunyai aspek meluas dan tidak terikat pada mana-mana unsur contohnya seperti etnik, suku dan juga kaum.. Maka dicatatan iitu saya mengatakannya sebagai RUMPUN MELAYU.. Amazing Offers: http://bit.ly/cheap-gadgets

Amazing Offers: http://bit.ly/cheap-gadgets.



























































No comments:

Post a Comment