Sunday, 12 February 2017

PROGRAM KEUSAHAWANAN BERKENALAN DENGAN EXPOSURE LEVEL 1 GABUNGAN PI1M TAWAU

19 January 2017 | Berita Terkini
TAJUK PROGRAM: “BERKENALAN DENGAN EKSPOSUR LEVEL1”
TARIKH & WAKTU PROGRAM: 7 JANUARI (SABTU) 12.30 PTG – 5.00 PTG  
TEMPAT: PI1M PPR TAMAN SRI TITINGAN



BERKENALAN DENGAN EKSPOSURE LEVEL 1







Pada 7 Januari 2017 bertempat di bilik latihan Pi1m PPR Taman Sri Titingan, telah di adakan satu program bulanan bersama gabungan pi1m tawau iaitu “Berkenalan dengn eksposur level 1”. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi pendedahan kepada belia-belia dan warga sekitar mengenai perniagaan Fotografi. Tujuan lain program ini juga memberi panduan-panduan yang boleh digunakan untuk mengambil gambar yang tepat melalui peralatan yang digunakan disamping membantu para belia untuk menceburi bidah fotografi.
            Di awal program ini, para peserta dari warga sekitar PPR Taman Sri Titingan dan tawau mendaftar pada 12.00 tengah hari sehingga 12.30 petang. Sejurus para peserta telah mendaftar, acara dimulakan dengan sedikit advokasi bertajuk “Keselamatan Profil Peribadi Di Media Sosial” sekitar 15 minit oleh penyelia Pi1m PPR Taman Sri Titingan. Selepas advokasi tersebut, program di teruskan oleh seorang usahawan fotografi tempatan iaitu En. Abdul Rahman Suni.
            Tepat pukul 1.00 petang, pembentangan dan panduan-panduan mengenai fotografi di sampaikan oleh en. Abdul Rahman Suni. Beliau telah memberikan panduan dan cara yang tepat juga panduan mengambil gambar yang tepat dengan pembentangan slide dan teori-teori yang sering digunakan dalam perniagaan beliau. Para pserta juga dapat praktikal penggunaan kamera DSLR yang digunakan dalam perniagaan fotografi dan konfigurasi nya.
            Pada pukul 3.00 petang hingga 3.30 petang sedikit jamuan ringan di sediakan kepada peserta. Selepas itu, para peserta ikut serta sesi photoshoot studio bersama seorang model tempatan iaitu Cik Andrianna Pamella. Di sini, para peserta akan dapat lebih merasai pengalaman menggambar seorang model, gaya yang betul, reaksi muka dan  mempelajari penggunaan cahaya di dalam sesebuah studio. Di masa acara sesi photoshoot, para peserta dan model berkongsi maklumat kehidupan dan pengalaman dalam mengenali dunia permodelan. Program ini tamat pada pukul 5.00 petang dengan meriah dan mendapat maklumbalas yang baik dari peserta program.
       
Dengan program sebegini, para peserta dapat menimba ilmu dan manfaat yang besar untuk mereka merasai dan melihat sendiri peluang-peluang yang terdapat dalam perniagaan Fotografi dan Videografi dan memberi imej yang positif kepada pi1m untuk membantu komuniti setempat.
Copyright/source:http://pprtawau.blogspot.my/2017/01/galeri-event-berkenalan-dengan-eksposur.html


Friday, 10 February 2017

                                                ISU SEMASA KEBAKARAN DI MALAYSIA

Jumaat, 20 Januari 2017

Maklumat kebakaran di Kea Farm dari sumber Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands.



Assalamualaikum/ selamat Sejahtera 
Datò / Tuan / Encik

BBP Cameron Highlands 

Operasi :
Kebakaran kedai dan restaurant 

Alamat :
Kea farm ( jln kg.raja - Brinchang )

Kekuatan anggota:
PPgB haziq hazmi ( OC )
PBK II muahamad
PB x 5
Jumlah : 7 ( pegawai dan anggota)

Logistik:
FRT C.H
Water tanker
Hilux

Tindakan operasi:

T.P : 00:47
J.K : 00:48
M.O : 01:00
O: K : 06:00
O: T : 07:00



Bantuan:
PBS Tringkap ( 7 anggota)

Panggilan:
MERS ( 999 )

Kronologi:
Terima panggilan dari sistem mers (999)  satu kebakaran kedai di kea farm , kebakaran melibatkan lapan (8) buah kedai . Antara jenis kedai restaurant, kedai buah ,kedai cendermat . Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa .pemadam di lakukan offensive dan defensive keseluruhan kedai . Kerja - kerja siasatan akan di lakukan dalam masa 14hari . Punca kebakaran sedang di siasat .

Anggaran kerugian:
RM 500,000

Kerugian / harta benda diselamatkan:
40 unit kedai pelbagai jenis perniagaan .





Copyright/source : https://mrkumai.blogspot.my/2017/01/maklumat-kebakaran-di-kea-farm-dari.html